Solat Istikharah tu ape?
Dari wikipedia Bahasa Melayu:
Solat Sunat Istikharah adalah
solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik,
apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan.
Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
Aku tak solat istikharah sebelum kahwin dengan Shazni.
Adakah perkahwinan aku tak diberkati kerana tak solat istikharah?
Kerana tidak 'minta' petunjuk dari Allah?
Kalau dari konteks perkahwinan,
solat istikharah dilakukan seperti berikut:
1. minta pendapat dari orang yang lain; kawan-kawan, mak bapak, saudara-mara selagi tak bertentangan ngan agama ISLAM.
2. berdasarkan pendapat2 tu kita minta petunjuk dari ALLAH melalui solat istikharah.
3. berdoakan harapkan kebaikan kepada agama. (bukan utk diri sendiri je~~)
4. apa-apa yang berlaku selepas itu, itulah ketentuan dari-Nya. Samada memang dah dijodohkan atau tidak, semuanya atas kemahuan-Nya. Tak semestinya ada petunjuk seperti mimpi dan sebagainya.
Lebih lanjut mengenai solat istikharah: klik
SINI.
Aku tulis ni sebabnya ramai kawan2 aku yang nak masuk ke alam perkahwinan,
dan ada seorang dua tanya hal ini.
Tapi selain dari solat istikharah,
aku sangat2 lah mengharap kita menjaga solat fardhu.
Solat istikharah hukumnya sunnah. Lebih baik kita utamakan yang fardhu, kan?
Comments (3)
btol3~!
hehe
bila baca link yg milah kasi tu, kisah 1-3 tu cam extreme le pulak. saje nak kasi contoh lain. andai kata diberi pilihan untuk ke universiti A utk wat course A, dan universiti B utk wat course B. kemasukan uni pada bulan 9. sambil2 discuss ngan parents dan cikgu psl pilihan tu kita wat solat istikharah. maybe kita minat course B tp parents suh gi uni A maybe course A lg senang dpt kerja ke. keputusan tetap kena wat. kalo nak tunggu tanda2 habis termiss dateline. pastu kena tunggu sesi bulan januari ke. so kita pilih r mana yg kita rasa sesuai. katakan keras kepala nak gak pilih uni B. nak dijadikan cerita, kat uni B tu punya aktiviti surau sangat aktif (sebut dakwah cam extreme plak :P) compare ngan uni A. kalo gi uni A kot2 kita lagi leka sbb kat uni A tu banyak cybercafe. maka keputusan itulah yg terbaik untuk kita. sekian.
ps - cerita dongeng semata2. uni A dan B hanyalah rekaan semata-mata. leh try cek kat google kalo ada minta maaf byk2.
@shazni_d - oh. bagus2 abang terangkan panjang2.