Solat Istikharah tu ape?
Dari wikipedia Bahasa Melayu:
Solat Sunat Istikharah adalah
solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik,
apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan.
Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
Aku tak solat istikharah sebelum kahwin dengan Shazni.
Adakah perkahwinan aku tak diberkati kerana tak solat istikharah?
Kerana tidak 'minta' petunjuk dari Allah?
Kalau dari konteks perkahwinan,
solat istikharah dilakukan seperti berikut:
1. minta pendapat dari orang yang lain; kawan-kawan, mak bapak, saudara-mara selagi tak bertentangan ngan agama ISLAM.
2. berdasarkan pendapat2 tu kita minta petunjuk dari ALLAH melalui solat istikharah.
3. berdoakan harapkan kebaikan kepada agama. (bukan utk diri sendiri je~~)
4. apa-apa yang berlaku selepas itu, itulah ketentuan dari-Nya. Samada memang dah dijodohkan atau tidak, semuanya atas kemahuan-Nya. Tak semestinya ada petunjuk seperti mimpi dan sebagainya.
Lebih lanjut mengenai solat istikharah: klik
SINI.
Aku tulis ni sebabnya ramai kawan2 aku yang nak masuk ke alam perkahwinan,
dan ada seorang dua tanya hal ini.
Tapi selain dari solat istikharah,
aku sangat2 lah mengharap kita menjaga solat fardhu.
Solat istikharah hukumnya sunnah. Lebih baik kita utamakan yang fardhu, kan?
Chatboard (11)